27 September 2012

Doa Bertemu Jodoh & Doa Pengasih

 
Kita hanya mampu merancang dan berdoa namun TUHAN jua yang menentukan.
 


Amalkan doa2 dibawah ini yang sebaik-baiknya kepada mereka yang berhajat mendapat kekasih hati supaya dijadikan teman hidup.


Maksudnya:

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".
(Surah Yusuf Ayat 4)

doa pengasih
 
Maksudnya:

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya".
(Surah Yassin ayat 36)

Caranya:
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami,bacalah kedua ayat ini.Untuk dapatkan kesan yang baik,hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya,Tidak perlu membaca dengan kuat,memadailah dengan hanya membaca di dalam hati.Selain itu agar dikasihi masyarakat,bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
 

26 September 2012

Dalam Hati Berbunga Riang

Bangun pagi hati dah riang gembira..walaupun cuaca kat luar hujan renyai..hehe
Semoga senyuman dan kegembiraan yang aku rasa ni berkekalan..insyaALLAH,
Sebab apa.? adalah..ngeeee~
Apa yang aku boleh kongsi adalah aku sangat gembira..dan gembira...hahaha
semoga TUHAN bukakan pintu hati kami berdua dan satukan kami dibawah rahmat kasih
sayang-Nya..amin
Adakah apa yang berlaku ni pertunjuk dari solat isthikarah yang aku buat hari tu.? Kalau betul dan sahih alhamdulillah..akan aku pelihara sebaik mungkin.
Dan semoga semuanya berjalan lancar namun ikhlas dan redhakan hati hambamu ini dengan segala kemungkinan yang berlaku di luar kemampuan hambamu ini..amin~
 

 

Yang Terindah – Dakmie (OST Adamaya)

 
Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

25 September 2012

Sepenuh Hati - Spoon


Bagaimana harusku luahkan
Perasaanku padamu
Yang selama ini ku pendamkan
Dalam diam ku

Sukarnya ku berterus-terang
Tentang perasaan ini
Bimbang seandainya tak kau terima
Musnahlah harapanku ini

Bagaimana harus aku menghadapi
Semua itu
Sedangkan ku menyintaimu sepenuh hati
Tak mudah untukku melupakan dirimu
Kau bagiku
Segala-galanya

Pada yang Maha Kuasa
Ku panjatkan doa
Moga dibukakan pintu hatimu
Kan ku buktikan kejujuran cintaku
Jangan biarkan keraguan
Menghantui jiwamu
Dalam ku menanti semua kepastian
Dari bibirmu oh kasih

Kasih dan sayang
Cinta dan rindu
Tersemat di jiwaku
Usah biarkan ku kecewa
Membalut luka
Agar kau mengerti
Yang selama ini
Aku menyintaimu




Ketahui Ciri Lelaki Yang Tak Serius


Ketahui Ciri Lelaki Yang Tak Serius
(Sikap Lelaki Itu Sendiri)

Wujudnya Rahsia Demi Rahsia
- bagi dirinya apa yg berlaku dlm dirinya adalah rahsia dirinya dan si dia seperti belum yakin terhadap pasangannya iaitu kamu.Tetapi sebagai wanita jangan pula mendesaknya sampai masa dia pasti akan beritahu jua.Tapi jika sesekali kamu mengujinya dan jawapannya mengecewakan,
sila la ambil perhatian si dia tidak serius dengan kamu

Tidak Pernah Mengkritik
-Jgn bangga pulak kalau si dia tak mengkritik kamu itu tak bermakna kamu sempurna di matanya.
Tapi dia seolah-olah tidak peduli dengan kamu saja.

 Lama Tunggu
- Selalu tak korang tak dpt feedback dari si dia bila kamu sms or call? kalau selalu sila la berhenti berharap la yer..hehe.Sesibuk mana pun sekiranya yg tersyg call or sms semestinya si dia akan call back or sms..kalau tak da langsung..hmmm..sendiri mau ingat!

Pujiannya Melangit
- Ada aje pujian yang kamu dapat setiap hari padahal kamu memang tahu pada hari tu kamu tidak berhias mana pun tapi si dia tetap memuji penampilan kamu.Dan jangan terkejut sekiranya panggilan istimewa yang kamu dpt dari si dia berkemungkinan si dia ada gunakan kat perempuan lain juga.

24 September 2012

Hari Penuh Dengan Kekecewaan

Tajuk je dah mengambarkan kekecewaan..tapi ape yang kecewa sgt tu.? Haa..tension taw..MY BLA kene calar..cara dari kesan calar tu macam sengaja je taw!
(ada orang tak puas hati ke dengan MY BLA or ownernya.??..huhu).
Selama menyewa kat flat tu tak pernah lagi taw kene macam ni.Nak nanges je tengok semalam. Perasan kesan calar ni pun masa sampai kat rumah MY BFF..nak bukakkan pintu untuk anaknya baru nampak..masa tu jugak aku p ambik wax kat bonet dan polish..masa polish tu nak menitik air mata rasanya.Aku pulak yang rasa sakitnya..huhu
Nak beli bukan seringgit dua..puluh riban taw..nak pakai plak makan tahun..aishhh~
Member dah cuak tengok aku bawak kete macam apa..sangat bengang ok!
(tapi masih dalam kawalan)
Di jadikan cerita semalam adalah hari penuh kekecewaan...bukan disebabkan MY BLA calar tapi ada lagi sebab lain.Lepas mandi..solat..aku terus masuk tidur dengan perasaan yang hampa..Apa2 pun harap hari ni lebih baik dari semalam..amin~
 
 

21 September 2012

Hati yang Tersakiti - D'Morgen


Perih hati yang ku rasa
Tak dapat menahan gejolak di jiwa
Kasih sayang yang kau berikan
Hanyalah impian bukan ketulusan

Lupakanlah diriku
Yang telah terkhianati
Menangis ku sendiri
Melihat kau telah pergi

Janji suci yang kau ingkari
Telah menodai kisah cinta ini

Lupakanlah diriku
Yang telah terkhianati
Menangis ku sendiri
Melihat kau telah pergi

Janji suci yang kau ingkari
Telah menodai kisah cinta ini

Lupakanlah diriku
Yang telah terkhianati
Menangis ku sendiri
Melihat kau telah pergi

Lupakanlah diriku
Yang telah terkhianati
Menangis ku sendiri
Melihat kau telah pergi
 




20 September 2012

Berikan Aku Waktu - Ungu


Sampai kapankah aku menunggumu
membuka hatimu untuk terima cintaku
sampai kapankah rasa di hatiku
menanti rasamu akan menyambut rasaku
dan mungkin bila waktu yang bisa mengungkapkan
berseminya cinta di dalam hatimu



Izinkan aku mengungkapkan
perasaan cinta yang lama tersimpan di hati
berikan aku kesempatan
membuktikan tulusnya cintaku

Kehampaan yang kini kurasakan
berada dalam penantian yang panjang untukmu
dan mungkin bila waktu yang bisa mengungkapkan
berseminya cinta di dalam hatimu

Walau seribu tahun
sabar ku menunggu
jawapan untukku

P/S : Untuk DIA yang TUHAN takdirkan untukku

19 September 2012

Bubur Homemade


Bahan-bahan:
Santan
Tepung Pulut
Sagu biji
Daun Pandan
Pewarna (ikut suka hati nak warna apa)
Sedikit garam
Gula

Agak-agak taw tak ape nama bubur ni.? hehe..tetiba teringin nak makan..so lepas balik keje terus masuk dapur..sebenarnya bila aku susah hati aku akan buat dua benda ni..1st aku baca yassin & solat sunat, 2nd aku akan mengabdikan diri kat dapur..apa lagi main masak-masakla..haha
Dulu arwah abah suka sangat makan bubur ni..aku belajar buat ni pun dari arwah abah. Dia suka order itu dan ini..dan aku la tukang masaknya..kalau aku tak tahu dia yang ajar.Lagi satu bab masak memasak ni sebenarnya dah sebati dalam diri aku seawal usia 15tahun lepas arwah mak aku meninggal.Semua kerja suri rumah yang tak berapa nak bertangga ni jadi tanggungjawap aku.Dari kemas rumah sampailah memasak semua aku yang kene buat.Kalau bakal mak mertua nak cuba try test suruh masak insyaallah lepas..haha..bakal la sangat..bayang-banyang pun tak nampak lagi.ekeke
Salah satu kenapa aku masak bubur ni ofcoze la sebab aku rindu dan susah hati.
Entahla..time cuti hari tu lepak kat kg relax je..tenang..jauh dari semua benda yang meyerabutkan minda dan kesibukkan ibu kota.
Ayat macam ramai sangat yang mencari!!..padahal sapa pun tak ada..>,<"
haha..tak payah nak buat muka sangat la..Eh..kalau rajin jom cuba try test buat desert ni..sangat sedap bila letak ice dan makan time cuaca tengah panas terik..fuhhh...sedddddapppppp~
 

12 September 2012

10 Tanda Si Jejaka Menolak Kamu


Apabila sudah mula kenal, kamu ingin jauh lebih mendekati dirinya, kalau boleh ingin menyayangi, mencintainya serta ingin sentiasa berada disisinya.Namun adakalanya kamu hanya menyimpul impian.Jejaka yang kamu minati itu umpama *main tarik tali*. Dia nampak seperti menyenangi kamu tetapi sebenarnya dia hanya menganggap kamu tidak begitu istimewa di hatinya.
Berikut adalah tanda-tanda si jejaka yang sebenarnya *menolak* pelawaan kamu untuk menjadi pasangan kamu. Kalau kamu sudah terlihat tanda begini berhati-hati..jangan terlalu menaruh hati.

1. Dia tidak membalas panggilan kamu

Siapa yang tidak riang bila si dia menelefon.Sekalipun hanya bertanya khabar berita ia sesuatu yang ditunggu-tunggu.Tapi tatkala kamu menelefon dan dia mengelak menjawabnya ia petanda awal kamu bukanlah istimewa sangat. Lebih buruk jika kamu meninggalkan mesej dan dia tidak membalasnya.

2. Dia cuba menjodohkan kamu dengan kawannya atau orang lain
Jika kamu menyuarakan isi hati tiba-tiba si jejaka memberitahu kamu nampak sepadan dengan kawannya atau si polan dan si polan. Dia makin bersungguh-sungguh memuji orang lain dan menyakinkan kamu bahawa kamu tersilap memilihnya. Nampak sangat dia sebenarnya tidak tertarik dengan kamu.

3. Tiada bahasa tubuh
Selain kata-kata,bahasa tubuh memberikan banyak petanda. Dari pandangan mata, sentuhan tangan dan sebagainya sudah menggambarkan dia memang bahagia. Kalau tiada semua itu, bermakna kamu hanya kawan biasa baginya.

4. Menolak pelawaan kamu dengan baik
Apabila sudah sayang sebenarnya orang sanggup berkorban apa saja. Namun kalau dia menolak dan berasa takut-takut dengan kamu tatkala kamu mengajaknya keluar faham-faham sajalah penting atau tidak kamu di sisinya.

5. Tidak mahu jalin perhubungan terlalu rapat
Dari salam perkenalan kamu ingin menjalin perhubungan yang lebih erat. Malah kalau boleh menyayanginya dengan sepenuh hati. Namun kalau dia sudah menolak kamu awal-awal lagi dan memberitahu tidak mahu menjalin hubungan yang lebih serius fahamlah sendiri maksudnya.

6. Dia berikan perhatian lebih kepada kawan kamu.
Dalam satu sesi perjumpaan bersama kawan-kawan tatkala kawan kamu membuat lawak si dia beria-ria ketawa seakan memberitahu menyenangi lawak tersebut. Malah setiap kali kawan kamu membuka mulut si dia nampak begitu tertarik. Tapi saat anda bercakap si dia kurang memberikan perhatian malah sering memotong percakapan kamu dengan sepantas mungkin.

7. Dia bercakap tentang wanita lain
Si dia tidak begitu teragak-agak bercerita tentang wanita lain di hadapan kamu setiap kali kamu keluar berdua.Si dia akan mengatakan dia begitu tertarik dengan karisma si dia tanpa langsung mempedulikan perasaan kamu. Jika inilah hal yang berlaku faham sajalah siapa kamu disisinya. Lebih baik jangan terlalu perasan!

8. Dia sentiasa bawa kawan bersama
Bayangkan situasi kamu setiap kali kamu mahu mengajaknya keluar, si dia bersetuju dengan pelawaan kamu itu. Dia bertemu kamu tetapi malangnya dalam pertemuan tersebut dia turut membawa kawannya bersama. Ini menunjukkan dia bukan jenis mahu menghampakan perasaan kamu dan sebab itulah dia bersetuju membawa kawan menemaninya. Kamu pula tidak boleh marah-marah sebaliknya perlulah sedar dia bukannya mahu keluar dengan kamu.

9. Si dia tidak memperkenalkan kawan-kawannya atau berkenalan dengan keluarga kamu
Satu lagi petanda bahawa si dia tidak berminat untuk meneruskan perhubungan dengan kamu adalah apabila si dia tidak pernah mahu memperkenalkan siapa kawan baiknya kepada kamu.Dia mungkin boleh berbual atau berborak dengan kamu tetapi dia tetap menyembunyikan kawan-kawannya dari kamu. Begitu juga bila si dia sikit pun tidak mahu mengenali serba sedikit tentang keluarga dan latar belakang kamu. Bermakna si dia memang tidak berminat pun untuk mengenali kamu dengan lebih dekat.

10. Dia tolak pelawaan anda keluar
Ini mungkin perkara akhir yang perlu kamu ambil perhatian.Setiap kali kamu mengajaknya keluar, si dia sengaja memberi pelbagai alasan asalkan tidak keluar dengan kamu. Justeru itu, kalau 10 kali kamu mengajaknya tetapi cuma sekali dua disambut itu bermakna dia tidak berminat langsung dengan kamu.
 
Pernah mengalami situasi diatas.? Ape lagi renung-renungkan dan selamat beramal..hikhik



11 September 2012

10 Petanda DIA Jodoh kamu



Apabila bersama masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kamu :

1. Bersahaja
bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian,cara percakapan,cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.


Jawapan : Kalau dia nampak kurang selesa dengan gayanya sah dia sedang berlakon.

Kadang-kadang bila bersama,kamu dapat mengesan yang dia sedang berlakon.Tapi apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat maka dia adalah calon hidup kamu yang sesuai.
Jika tidak apa lagi mungkin bukan jodoh kamu.

2. Selesa dan Senang bersama
Bila selalu bersamanya tidak ada sedikit pun perasaan bosan,jemu atau tertekan dengan diri kamu.Semakin hari semakin sayang kepadanya.Kamu sentiasa tenang,gembira dan dia menjadi pengubat duka kamu.


Jawapan : Dia juga merasainya.Rasa senang dan selesa bila bersama.Apabila berjauhan terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kamu lakukan dia tidak ambil peduli seboleh-bolehnya biarkan ia berlalu dan terkubur dengan sendirinya tanpa perlu diungkit kembali.


Jawapan : Dia juga tidak mengambil kisah siapa kamu sebelum ini. Yang penting siapa kamu sekarang.Biarpun dia tahu yang kamu pernah mempunyai kekasih sebelumnya dan dia tidak ambil hati langsung yang dia tahu kamu adalah miliknya kini.Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kamu.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kamu. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kamu dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kamu.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya,kebahagiaan menjadi milik kamu. Apabila berjauhan,kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Jawapan : apabila tidak jujur sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kamu. Apabila dia jujur semakin hangat lagi hubungan cinta kamu.Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi,dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri.Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kamu selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh,sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Jawapan : Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kamu tidak berahsia apa pun kepadanya dan kamu pasti rahsia kamu selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kamu dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kamu dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara samada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting,kamu dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Jawapan : Kamu dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kamu senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kamu pada masa hadapan.Jika tiada kerjasama sukar bagi kamu hidup bersamanya kerana kamu yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus.Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang ada jodoh dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kamu sakit dia bawa ke klinik. Semasa kamu berduka dia menjadi penghibur. Apabila kamu mengalami kesusahan dia menjadi pembantu. Dikala kamu sedang berleter dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kamu dalam sebarang situasi tidak kira kamu sedang gembira ataupun berduka dia sentiasa ada untuk kamu.

Jawapan : Apabila dia sentiasa bersama kamu melalui hidup ini dikala suka dan duka,senang dan susah dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kamu.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kamu dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kamu.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kamu.

Jawapan : Apabila kamu dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kamu hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati..Kadangkala manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kamu dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kamu dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Jawapan : Apabila kamu yakin dengan pilihan hidup kamu tanyalah sekali lagi..Adakah dia ditakdirkan untuk kamu? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan.Serahlah segalanya pada Yang ESA untuk menentukanya

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan.Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya dalam memainkan peranan sebagai pelakon diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk insyaAllah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita buatlah keputusan sebaiknya.

Jawapan : Jika tidak tolaklah dia dengan baik. Semua yang kamu lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Fikir-fikirkankanlah adakah dia jodoh kita..?
 

Milik Siapakah Gadis Ini.? - Allahyarham Sudirman

Milik siapakah gadis ini
Wajah lembut bagaikan sutera
Ingin hatinya aku miliki
Apakan terdaya
Adakah kan terdaya
 
Milik siapakah hati ini
Bagai berkurun lama kesepian
Ingin aku mencurahkan kasih
Kepada yang sudi
Adakah ia sudi
 
Lama telah ku impikan
Gadis sepertinya
Mengisi taman hati
Dengan cahaya kasih (suci)
Siapakah gadis yang ku idam..
 
(sumber dari Mr.Google)
 

07 September 2012

Terasing - Allahyarham Sudirman

 
Kegelisahan didalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan

Ruang nan luas diri bergerak bebas
Namun keupayaanku terbatas
Segala mimpi menjadi asing
Perit membakar diri

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi mimpi berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa diriku
Kerana kehilanganmu

Oh mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari
Kau tak kan kembali

Pemergianmu mengisi kekosongan
Biarpun dikau masih kuperlukan
Kita dikatakan pasangan bahagia
Kini terasing luka


 

 

 
P/S untuk diri sendiri : Terlalu mendalam maksud disebalik lagu ini dah AL-FATEHA buat arwah mak,abah terchenta dan abgku..semoga roh kalian di tempatkan dikalangan orang2 beriman..amin~