28 Ogos 2012

Jangan Menangis Untukku

Sekali ku telah berjanji
Tak akan mudah ku telan kembali
Karna ku telah memilih
Cinta hanyalah satu

untuk dirimu
Namun apa yang telah kau beri
Memang lidah memang tak bertulang
Dulu kita berjanji tak akan pernah saling menyakiti

Cukuplah sudah jangan menangis untukku
Hapuslah air matamu
Beribu kata maafmu takkan merubah
Hati terlanjur terluka

Selalu untuk mencuba dan terus mencari
Jalan untuk maafkanmu
Walau ku tahu semua hanya sia-sia
Ku sadar cintamu terlahir bukan untukku

Selalu untuk mencoba dan terus mencari
Jalan untuk memaafkanmu
Walau ku tahu semua hanya sia-sia
Ku sedar cintamu terlahir bukan untukku

07 Ogos 2012

Entah Apa-apa

Hye..Assalamualaikum (baiknya..hehe)
Hari ni dah masuk hari ke -18 kita semua berpuasa. Sekejab je kan.? Actually aku pun tak tahu nak update apa..tengok tajuk la kan..hahaha.

Entahla..(macam mengeluh je..)
susah aku nak tafsir dah huraikan apa sebenarnya yang berlaku..
Bila aku dah selesa dengan keadaan yang ada..tetiba "diingatkan" oleh seseorang.
"awak jangan pikir lain plak ye",
sedih dan terusik hati..selama ni aku tak mintak balasan pun dengn apa yang aku beri..insyaALLAH semunya ikhlas dari hati aku..kalau dah tahu takut dilambung ombak..jangan berumah di tepi pantai..kalau takut orang lain menaruh harapan..jangan la sesekali memberi harapan!

Susahnya nak "luahkan" apa yang ada dalam hati..
baru nak tersenyum tapi tetiba senyuman tu di rampas tanpa belas kasihan.
Mula la pikir yang negetif2 je..argghhh!
So..sekarang ni senang dan paling mudah aku berfikir..
"jangan serius kalau tiada keseriusan"..hehe..boleh macam ni.? ofcoze boleh je~


Kesimpulannya : tiada kebetulan melainkan semuanya telah dirancang oleh-Nya.



03 Ogos 2012

Carrot Cake Kukus

Hye,
Misi kali ini testing membuat carrot cake. Alhamdulillah menjadi..cuma tak berapa nak gebu je..hehe.At least habis jugak kene tibai dengan bebudak office,
So..apa lagi.? kek ni memang sedap taw..aku pun berapa kali ulang keluar masuk dapur makan..sampaikan sahur pun aku makan kek ni..haha
aku sertakan sekali resepinya tapi ni aku dah ubah suai sikit la..layannnnn~

Bahan-bahan:
3 1/2 - 4 cawan tepung
2 - 2 1/2 cawan minyak (nak sedap guna minyak jagung)
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
lobak (diparut)
4 biji telur (sye guna 3 biji je)
1 sdk penaik

Cara-caranya :
- Ayak tepung dan sebuk penaik (ketepikan)
- pukul telur sebiji demi sebiji hingga kembang kemudian masukkan gula.Pukul sebati.
- Masukkan susu cair,susu pekat dan tepung sedikit demi sedikit secara selang seli.
-Akhir sekali masukkan lobak (masukkan ikut suka nak banyak mana) dan minyak. Gaul sebati
 (tak payah guna mixer pun tak pe)
- masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam


Aku nak buat lagi raya nanti..hehe,
Sedap beb..chaiyok!