24 Februari 2012

Anak Buah Kesayangku


Aku & Farish Adam a.k.a Mat De'

Ni anak buah saya sekali tengok muka sejibik muka arwah atuk dia (abah aku), kalau dulu dia ni tak banyak kerenah tapi bila makin besar ni..aduh..pening kepala!
Nama je anak lelaki tapi hati jiwang ni..sensitif..kuat merajuk..kalah kakak dia si kembar farihah & fatihah.

Si Kembar Farihah & Fatihah

Si kembar ni lagi banyak feel dia..tapi keletah diorang ni la buat saya rindu,bila ada pening kepala..hehe.Rambut mahal tu..kalau bawak si kembar ni jalan-jalan ramai yang suka pegang rambut diorang yang ala-ala Naz Ahmad (terjah).Yang tak boleh tahan asal saya cuti sabtu ahad pandai pulak deme ni telefon "achik..jom p alan2 (jalan2)".Memang tak bagi change nak berehat..huhu
Yang tak syoknya tak leh saya nak menjoreng bila bawak si kembar ni..orang ingat ni anak saya.."adeyh~ macam mana achik nak cari jodoh ni kakak"..kui9.


Majlis Tunang My Bestfriend..PEACE!!

Sebelum nak pergi majlis ni sepatutnya diorang ni kene tidur dulu..tapi disebabkan takut saya tinggal sanggup menahan mata semata-mata nak ikut..bijak..bijak..tak sampai 5minit masuk dalam kereta dah lena..nasib baik la adik saya ikut boleh handle diorang ni.

Comel kan.?

Bila dah penat n letih ayat diorang "achik jom balik"..haha ingatkan tak ingat rumah dah..;)












23 Februari 2012

Si SOTONG

hyE..selamat pagi..
Actually tak ade idea sangat nak up-date blog ni..tapi apa yang saya tahu semenjak dua menjak ni macam berat sgt bebanan yang kene di pikul..
Duit bulanan (socso) adik tak masuk lagi..pihak socso tak ada pun bagitahu benda tu kene update tiap tahun sehingga dia cukup umur 21 tahun.Disebabkan benda remeh macam ni semuanya tergendala..simpanan saya pun dah makin susut (tinggal berapa je..tu la pentingnya menyimpan).
Bila dah hantar form..esoknya adik saya dapat call kata isi borang tu salah.Padahal masa saya hantar ri tu siap tanya lagi ada apa kesilapan tak.? kalu ada sempat lagi nak betulkan..memanjang geleng n terus cop RECEIVE!! tak bengang.?
nak tak nak apply cuti n bawak adik g socso..Gerak hati mengatakan memang bulan ni pun duit tak masuk dan confirm masuk hujung bulan 3..aduh!! masak~
habis kene bebel orang socso tu dengan saya..Si mamat SOTONG mulut longkang tu siap cakap "apa masalahnya?..dah kami suruh isi..isi je la.." wah2..sedapnya mulut kau ye si SOTONG!!! dah bila orang ramai kata u all ni lebih banyak goyang kaki..marah!! tapi bila menjalankan tugas sambil lewa je..PELIK.!! kalu ikut hati kemarahan yang ada dah lama saya hentakkan je mamat SOTONG ni.
walaupun benda ni remeh tapi menyusahkan orang lain..dah la orang tua tak ada..nak harap adik beradik lain bukan boleh pun..nak tak nak saya jugak la yang kene berkorban.(bunyi macam terpaksa je kan.?..actually ikhlas dari hati)
Insya-ALLAH selagi mampu saya akan buat yang sebaik mugkin.Biarpun terpaksa berkorban nyawa demi dia.Cuma harap2 bila dia dah berjaya nanti dia tak lupakan saya.MAK..saya dah laksanakan tanggungjawap yang MAK amanahkan..Insya-ALLAH mudah2an semuanya berjalan dengan lancar.
AL-FATEHAH~

13 Februari 2012

Berbicara Dengan Hati

Hurmm..sebenarnya takde apa yang nak dikongsi..hati aku selalu tertanya-tanya tapi aku tak pernah dapat jawapan.Bukan sekali dua berlaku tapi berkali-kali..huhu,
Susah nak dijangka bila cakap pasal kehidupan....tapi itu la yang kita kena lalui.
Belum bab kasih sayang..susahnya aku nak mengecapi bahagia..arrggghh..tak baik mengeluh..
"Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini"
Tetiba rasa nak nyanyi lagu BAGAIMANA-SPIDER. kalu nak tahu kat luar tu tengah hujan selebat-lebatnya.Sangat berharap dalam kehidupan aku nanti sang pelangi akan menanti pabila hujan sudah berenti.Mungkinkah tahun ini akan tercapai apa yang diangankan atau hanya berlalu pergi seperti tahun-tahun sebelumnya.INSYAALLAH harap-harap termakbul~
Kalau ikutkan banyak je nak mengomel pagi tadi..alih2 tergendala..pastu dah blank..haha
ok la..see you next coretan..:)



10 Februari 2012

Nick Name

ada dak office ni suka panggil aku DORAEMON..sebab aku bulat macm kartun tu..huhu..lagi satu masa memula aku masuk kerja dulu aku kurus sikit..sikit je la, tahun ni masuk tahun ke-3 (2012) aku kat sini dah macam DORAEMAN katanya..pandai cakap aku tapi anak dia tu lagi bulat kot..hehe.Aku tak kisah pun orang panggil alu apa janji korang bahagia.Bukan ke DORAEMON tu comel dan kiut. (tengok gambar)



Macam-macam nama aku ada..mon,rfa,ct,kechik..bla..bla..bla..
bukan ke ada pepatah mengatakan "harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama". Glamour kau nyah!..hehe
Pape pun insyaALLAH sekiranya tiada halangan aku akan terus berkhidmat disini.Tak kisahla apa pun nama aku.Selagi rezeki aku kat sini selagi tu aku akan buat yang terbaik..chaiyok!


5 tahun akan datang.?

Aku nak jadi apa 5 tahun akan datang.?
aku pun tak pernah terpikir nak jadi ape..huhu,
sedihnya..bunyi macam takde matlamat hidup dan cita-cita je kan.?
apa yang aku tahu,aku minat aktiviti-aktiviti yang lasak tapi hati seni..haha.
semua benda aku suka kot..masak..gubah-mengubah..jahit..make-up..so, mana yang nak di titik beratkan.? or ambik semua tu jadikan package buka perniagaan..
Tapi buat masa sekarang aku lebih memikirkan hal adik aku yang masih belajar..untuk aku kemudian pun tak apa sebab aku yakin TUHAN dan sediakan untuk aku.Bila sampai masa dan waktunya pasti akan ada jua..Amin~
Blog ni untuk aku suka-suka je..tak de pun terpikir nak ada follower ke,flower ke,power ke..yang aku tahu disinilah segalanya terluah.Orang tak rasa dan lalui apa yang aku rasa dan lalui sebab semua orang ada bahagian masing2.Terpulang kepada individu tu sendiri nak handle macam mana.
Mungkin sekarang awan mendung sentiasa mengiringi aku mana tahu satu hari nanti pelangi indah pula yang terbit.
Setiap hari aku berdoa dan berharap agar kehidupan aku di masa akan datang lebih baik dari semalam dan hari ini.


09 Februari 2012

Kisah Hidup Ku Seperti Bawang Merah Bawang Putih

Diam tak diam dah masuk 2012..entry ni agak panjang..(memang panjang pun)
banyak gak cerita suka dan duka yang terjadi sepanjang tempoh aku tak update blog aku ni.Lagi pun masih belum mahir dan baru nak berjinak-jinak ngn benda alah ni..hehe.

Keadaan aku dah tak seceria dulu. Kisah cintan aku tak kesampaian, orang yang berjaya singgah dalam hati aku cuma anggap aku as a FRIEND je rupanya (arrrgghh..furst tertonggeng-tonggeng gak mase tu).Maknanya aku ni cuma bertepuk sebelah tangan (2 tahun tu..huhu). Tapi aku pujuk hati aku sendiri,mungkin belum masanya untuk aku berteman..sebab bila aku dah berteman mungkin aku lupa akan tanggungjawap yang ada di bahu aku sekarang.Aku sentiasa mendoakan dia bahagia tapi dia pernah cakap kat aku "walaupun abang dah kahwin kite tetap KAWAN, kalau ada apa2 masalah bagitahu lah abang insyaALLAH abang akan tolong" alahai..best je bunyinya kan.? tapi siapa yang nak lukakan hati sendiri tengok insan yang singgah dihati kita jadi milik orang lain??..so,aku dah mula menjauhkan diri dari dia dan keluarganya apa yang berlaku pada diri aku pasti mempunyai
sebab tersendiri.

Eh..aku bukan nak cerita sgt pasal mamat ni..! (buat semak blog aku je..hehe)
Syawal.!! tapi yang tak bestnya baju raya aku ngan adik aku tak siap..nak mengamuk je rasanya padahal aku dah hantar awal bulan jun lagi. Nak tak nak kena cari baju raya yang lain.
10/09/2010 (1syawal) takbir raya kat surau depan rumah aku berkumandang.Aku tengah sibuk siapkan apa yang patut kat dapur.Tahun ni tak ramai adik beradik aku yang balik beraya sebab giliran rumah mertua2 diorang. Abah pergi sembahyang raya..tetiba hati aku terdetik..kenapa abang aku yang kat pahang tu tak telefon lagi ye.?selalunya pepagi dia dah telefon mintak maaf zahir batin. Kring..kring..ambik kau..baru aku mengumpat dalam hati telefon dah bunyi..mak tiri aku yang angkat..kakak ipar aku rupanya yang telefon, dia bagitahu abang aku pengsan kat tempat kerja.Aku ngan adik aku yang tengah sibuk kat dapur borak berdua.."mungkin abang penat sangat la tu sampai pengsan-pengsan".
Tup-tup telefon berbunyi lagi..kakak ipar aku cakap "abang ewan dah takde"..huwarrggg...aku kehilangan seorang abang yang aku sayang (walaupun aku tak tunjukkan sayang aku), sekali tengok mcm cerita drama tv1 sebb dapat panggilan telefon pepagi raya dan dapat berita buruk (abang aku seorang anggota polis yang bertugas di pahang)..jeng!..jeng!..jeng!..mcm tak percaya je masa tu..tapi tu la hakikat dan realiti kehidupan aku.Orang lain seronok menyambut syawal tapi aku sekeluarga sambut kenduri tahlil.Abah.? siape yang tak sayang anak.? walaupun abah tak tunjuk kesedihannya tapi aku tahu abah menangis dalam hati dan paling tak lupa bila abah cakap "kenapa la kau yang muda ni pergi dulu.? sepatutnya abah yang pergi dulu".Huhu syahdu sgttt..sebb arwah abang sgt rapat ngn abah.Mase arwah abang belum jadi polis dia kerja kat kampung tolong abah..kadang2 pergi mancing ikan or udang sama2..sebb tu bila arwah abang takde abah paling terasa.Genap hari ke-40,abah buat kenduri tahlil arwah abang.Lepas kenduri lepak reramai makcik-makcik aku pun ada,kalau duduk ngan abah mesti ada adegan sakat menyakat..best.!!!..abah la orang yang paling sporting dan penyabar pernah aku jumpa (ofcoze la sebab dia abah aku..dan kalu boleh kurniakan lah aku insan sepertinya sebagai suami/kawan/kekasih/bapa yang PENYAYANG,PENYABAR dan BERIMAN..hehe)

tetapi....
29/10/2010...(cuba teka apa yang aku nak cerita.?)
dalam pukul 6.00pg adik aku dapat panggilan telefon dari mak tiri aku kat kampung, dia cakap abah aku dah tak ada..(korang percaya tak ni.?) adik aku ketuk pintu bilik aku (macam nak roboh.!) sambil menangis-nangis..dia cakap "abah dah takde.." aku yang tengah mamai2 buat muka blurr tanya balik kat dia "ape.?"adik aku jawap lagi "abah dah takde.!! mak kate abah meninggal time tidur"..terus lemah lutut aku,terduduk sekejab kat tepi katil..mase tu air mata aku dah mengalir macam air paip (aku rase masa abang aku meninggal tu pun belum kering lagi air mata aku..huhu).Dunia aku gelap dan yang ada dalam kepala aku "macam mana aku ngan adik.?" aku siap post kat FB yang aku kehilangan abah tersayang (dunia dah maju) dan sempat jugak aku hantar msg kat kawan2 terdekat bagitahu akan musibah yang menimpa aku sekeluarga.

Akak aku suruh aku ngan adik aku siap-siap balik kampung (perak).Dalam perjalanan nak balik perak tu abang aku yang atas 2 tahun dari aku telefon akak aku,dia cakap abah bukan meninggal time tidur tapi kemalangan jalan raya.Kereta yang abah bawa kena rempuh dengan lori 10 tayar..aku yang duduk kat belakang masih diam.Dalam hati masa tu TUHAN je yang tahu.Tapi aku cuba tabah dan cekalkan hati yang aku tak nak menangis.Berita terbaru yang disampaikan arwah abah terus dibawa ke Hospital Sabak Bernam dan aku dengan yang lain terus kesana.Sampai je kat Hospital Sabak Bernam tu petugas kata arwah belum sampai sebab polis bawa mayat arwah abah ke Balai Polis Sungai Besar dulu. Masa tu ada sedikit saudara mara aku yang dah sampai terutamanya pakcik aku (satu-satunya adik lelaki arwah abah).Sebab polis hubungi dia dulu tentang kemalangan yang meragut arwah abah ni. Tak lama lepas tu petugas hospital kata "siapa-siapa yang nak melihat mayat/arwah boleh masuk kedalam sebelum pihak hospital memulakan pengurusan jenazah." Buka je plastik hitam (yang selalu pihak polis guna untuk tutup mayat) muka arwah abah sgt bersih..tiada apa-apa cacat celanya..SEMPURNA!.

Cuma ada sikit calar-calar pada bahagian muka..aku tengok ada darah yang kuar dari telinga arwah abah dan naluri aku mengatakan arwah abah meninggal sebab lemas.! (kereta yang abah bawa diseret masuk kedalam parit yang dipenuhi air) kalu pihak berwajib cepat sampai pasti arwah abah dapat diselamatkan..tapi dari cerita yang sebenar, sewaktu pihak bomba sampai arwah abah masih bernyawa dan masih melaungkan ALLAHUAKBAR! dan memang sudah tertulis arwah abah akan kembali kepada-Nya dalam keadaan yang sebegitu sebab 2x bomba cuba menarik kepala lori yang menghimpit kereta arwah abah mengunakan kren tapi tidak berjaya.Kali ke-3 pihak bomba cuba menarik kereta yang arwah abah bawa..berjaya! tapi masa tu arwah abah dah takde (sumber daripada saksi yang berada ditempat kejadian).Dari keputusan postmortem yang dilakukan arwah abah mengalami kecederaan parah pada dalaman.Ada keretakan pada tempurung kepala..keseluruhan tulang rusuk patah dah tulang kaki remuk..YA Allah..besar sungguh kebesaran-Nya..macam tak percaya..




Alhamdulillah,Lepas solat zohor arwah abah selamat dikebumikan..dapat anda semua bayangkan tidak sampai 1 bulan kami kehilangan 2 insan yang disayangi.Mahu tidak mahu kehidupan mesti diterusan,memandangkan aku yang masih bujang secara tidak langsung adik dibawah jagaan aku(aku ni harap je ada abang,tapi serupa tak ada..daripada adik aku terabai,biarlah dia dengan aku).Pening dan tungang-langang jugak masa mula-mula nak uruskan itu dan ini tentang peninggalan arwah..ha! yang ni pun satu hal sebab aku ada mak tiri(mcm cerita bawang merah bawang putih) tapi kesemua kebaikan yang ada telah hilang bersama pemergian arwah abah. 
(Malas aku nak cerita pasal mak tiri aku.!)

Dipendekkan cerita..genap setahun arwah abah pergi (bulan oktober 2011).Sekali lagi aku di uji bila aku dapat panggilan telefon dari kampung mengatakan pakcik aku (satu-satunya adik lelaki arwah abah) meninggal dunia akibat kayap. Hidup aku kembali dipenuhi tangisan.Baru nak stabilkan keadaan dah lemah balik..

Tempat kejadian (singgah balik dari balai polis)
Lory yang rempuh kereta arwah abah
Sekarang alhamdulillah..semakin pulih..aku harap 2012 ni lebih mendewasakan aku..adik still dengan aku.Dimana ada dia insyaALLAH pasti ada aku,yang lain2 buat masa sekarang aku tolak ketepi sebab dia tengah belajar kat POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SABAK BERNAM..kalau ada rezeki aku pasti ada,cepat dah lambat sahaja.AJAL,MAUT,JODOH dan PERTEMUAN semuanya ditangan TUHAN.Sekiranya itu yang DIA mahu..tidak pernah menunggu walau hanya sesaat.Ini lah kisah hidup aku,saban hari aku berdoa supaya TUHAN mempermudahan segala urusan ku didunia mahupun diakhirat kelak dan tak lupa menemukan aku dengan seorang JEJAKA yang baik hati yang boleh terima kekurangan dan kelebihan aku.Amin Ya Rabbal Alamin~