20 Disember 2010

Berdebar-Debar

20/12/2010
Tahun 2011 bakal menjelma tak lama lagi
debaran kian terasa,
Mampukan aku berdepan dan buat seperti tiada apa yang berlaku.??
mampukah ku tebalkan muka ni lagi.?? 
atas dasar PERSAHABATAN seperti yang di inginkan aku masih kaku disini
kalu ikutkan kata hati yang terluka
dah lama aku angkat kaki..tapi hakikatnya,
aku yang hanya bertepuk sebelah tangan.
TUHAN lebih tahu apa yang ada dalam hatiku ini
dan DIA ditakdirkan bukan untukku.
Kehilangan DIA,ABAH,ABANG dan MAK membuatkan pintu hati tertutup rapat dan aku sendiri tidak tahu bilakah ianya akan terbuka.

14 Disember 2010

Tips Elak Kemurungan


  • Jangan menyimpan luka
    Untuk hal yang satu ini, kita harus benar-benar memutuskan, apakah kita benar-benar ingin melupakan seseorang, ataukah kita ingin menjadikannya kenangan seumur hidup kita. Kalau kita memang benar-benar mahu melupakan seseorang, jangan sekali-sekali menyimpan segala sesuatu yang akan mengingatkan kita pada orang itu. Photo,video,bahkan barang-barang yang mungkin pernah dia berikan untuk kita, sebaiknya segera disingkirkan.Kerana jika kita terus menyimpannya, itu ertinya kita menyimpan luka, membiarkan diri kita terus berada dalam bayang-bayang orang itu.



  • Carilah Kesibukan
    Kita biasanya selalu teringat dengan seseorang yang telah menyakiti kita, ketika kita sedang berada dalam kekosongan. Biasanya ketika kita tidak sedang melakukan apapun. Maka dari itu, carilah kegiatan yang akan membantu kita untuk tidak mengingati orang yang telah menyakiti kita. Kalau bisa, cari kegiatan berkala, buat diri kita sesibuk mungkin, sehingga untuk makan saja kadang kita lupa, apalagi buat mengingat seseorang yang telah menyakiti kita.



  • Hindari Menyendiri

  • ada saat mempunyai masalah, kita terkadang lebih suka menyendiri, tak suka di ganggu. Ubah kebiasaan itu, karena itu tak akan membantu kita untuk melupakan seseorang. Carilah teman sebanyak-banyaknya, pergilah bersenang-senang, carilah teman yang benar-benar bisa mengerti kita.


  • Cari Tempat Baru
    Hindarilah pergi ke tempat-tempat yang mengingatkan kita pada dirinya, hindarilah segala sesuatu yang berkaitan dengan dirinya. Pergilah sejauh-jauhnya dari kehidupan yang dia sukai. Janganlah kita mengikuti kegiatan yang diapun menyukai kegiatan tersebut. Cari tempat baru, carilah kegiatan baru dimana kita tak akan pernah mengingatnya lagi. Jangan mendengarkan lagu yang dia suka, jangan menonton film yang dia suka. Hindarilah bertemu langsung dengan dirinya, karena itu akan menyakitkan.



  • Belajar Memaafkan
    Belajarlah untuk memaafkan, bagaimanapun sakitnya hati kita, maafkanlah dia, karena dengan memaafkan, nescaya kita akan lebih mudah untuk melupakannya.



  • Bukalah Hatimu
    Ini dia, Mungkin adalah hal tersulit yang harus kita lakukan. Cinta itu memang membutakan. Membuat kita takut, takut terjatuh lagi, takut salah. Percayalah, cinta itu tak pernah salah. Memang, apabila kita merasakan cinta yang begitu besar terhadap seseorang, biasanya kita merasa bahwa kita tidak akan pernah mendapatkan perasaan seperti itu, atau bahkan kita tidak pernah mahu untuk merasakan perasaan seperti itu. Kita salah, dan kita akan terus terjebak dalam keadaan putus asa yang berlebihan. Sebenarnya, cara inilah yang akhirnya berhasil. Bukalah hati kita untuk orang lain selain dia, jangan hanya terpaku pada keadaan seakan-akan hanya dialah manusia di dunia ini yang patut kita cintai. Salah besar, karena mungkin di luar sana, ada seseorang yang memang di ciptakan Tuhan untuk kita cintai dan untuk mencintai kita. Jangan pernah takut.



  • Cintailah Tuhan Diatas Segalanya
    Ini yang paling sering kita lupakan dalam hidup kita. Tuhan! Yakinlah, dan percayalah, bahwa Tuhan Maha Mengetahui, jauh lebih tahu segalanya di banding kita. Tuhan pasti tahu yang terbaik buat kita, walaupun terkadang berbeda dengan yang kita inginkan. Jangan pernah cinta kita terhadap manusia jauh melebihi cinta kita kepada Tuhan, Yakin bahwa Tuhan sedang memberikan kita cubaan, sedang mengingatkan kita bahwa Dialah yang mempunyai Kuasa atas segala sesuatu..amin5x
  • 10 Disember 2010

    Kelebihan Surah Yaasin

    Kelebihan Surah Yaasin...
    Ayat 1 - 9  : Untuk keselamatan diri

    Ayat 9  : Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.

    Ayat 12  : Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

    Ayat 13 - 35  : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

    Ayat 22 - 23  : Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

    Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

    Ayat 30  : Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

    Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
    Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam

    Ayat 33 - 35  : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur

    Ayat 36  : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
    Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

    Ayat 37  : Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

    Ayat 38  : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

    Ayat 39  : Mengisahkan ilmu falak.

    Ayat 40  : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

    Ayat 41  : Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

    Ayat 44  : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

    Ayat 45 - 48  : Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

    Ayat 49  : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
    Tiupan 1   - Datang dengan tiba-tiba
    Tiupan 11  - Hancur
    Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

    Ayat 50  : Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.

    Ayat 58  : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

    Ayat 76  : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

    Ayat 78 - 79  : Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan  badan .Untuk doa ayat 78. "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.

    Ayat 79  : Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

    Ayat 82  : Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x .
    Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.
    Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
    Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut  pastu  baca pada air 100x  & berdoa apa sahaja hajat

    Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
    Buah Zaiton - Elok untuk kulit
    Kurma         - Berkhasiat (memberi tenaga)
    Delima         - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
    Ad Tin         - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

    Seelok-eloknya dibaca :
    1. Selepas sembahyang subuh
    2. 3 Jumaat berturut-turut
    3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
    4. Ayat 38 - 12x
    5. Ayat 58 - 7x
    6. Ayat 82 - 14x
    7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
    8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
    9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.


    Wallahualam.

    Kehilangan


    Mungkinkah aku akan kehilangan dirinya..
    adakah yang berlaku semua ini disebabkan oleh diriku sendiri.??
    aku begitu ikhlas menyayanginya..
    begitu tulus mengasihinya..
    Apa yang mampu aku lakukan.??
    hanya berdoa dah berserah kepada yang MAHA ESA..
    Biarlah hati ini ikhlas dan redha melepaskan dirinya..
    Seandainya dia memng ditakdirkan bukan untukku,
    Namun aku memohon pertolongan dari-Nya perkuatkan jodoh antara aku dengan dirinya seandainya dia memng ditakdirkan untukku.
    Dah nak masuk 2 minggu aku wat solat isthikarah..mintak petunjuk dari-Nya..
    Apa yang ada dalam hatiku hanya TUHAN yang tahu..
    Tidak layak kah untuk aku gembira dan bahagia bersama insan2 yang ku sayangi dan kasihi.
    Mengapa semua nie tak ditakdirkan dan ditentukan untuk ku miliki selamanya.???


    09 Disember 2010

    Keliru



    Aku dalam dilema..
    dah berapa hari aku buat solat isthikarah untuk mendapatkan jawapan..
    memang insan yang dikasihi muncul dalam mimpi ku..
    tapi teramat mustahil kerana keputusan telah dibuat..dan hakikatnya mungkin hanya aku yang terlalu tinggi membina angan2..
    Seandainya DIA memang ditakdirkan untuk ku..
    Pasti tetap untuk ku..
    Seandainya bukan sekarang mungkin akan datang...amin!!
    Namun inilah yang pertama aku rasakan..
    Perasaan yang halus dan tulus terbit ikhlas dari hati ini.